Thursday, December 2, 2010

Sunnah Harian Rasulullah SAW: Solat Tahajud

Assalamualaikum wbt

Harap korang sume sihat2...Insya-Allah
Mai nak kongsi serba sedikit daripada sebuah buku yg sy tgh baca
"Diari Hidup Rasulullah S.A.W" mmg best buku ni, and sy tgh berusaha utk menghabiskannya..Insya-Allah..

Ada 7 sunnah Harian yang sentiasa diamalkan dan dititiberatkan oleh Rasulullah SAW
1. Solat Tahajud
2. Menyelami dan Memahami Al-Quran
3. Solat Subuh berjemaah di Masjid
4. Solat Duha
5. Sedekah
6. Wuduk
7. Berzikir

1 Solat Tahajud (Menuai Kehormatan, Meraih Kesihatan & Keberkahan)

Daripada ayat surah Al-Israk:79, maksudnya: "Dan dari sebahagian malam, hendaklah engkau bangun (tahajud), sebagai amalan tambahanmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat yang terpuji.

Al-Qurthubi menyebut satu riwayat yg mengatakan, sahabat Rasulullah S.A.W, Al Hajjaj b Umar berkata, "Apakah kalian fikir apabila kalian melakukan solat sepanjang malam, kalian dianggap melakukan tahajud? Sebenarnya, tahajud adalah solat sesudah tidur. Demikianlah Solat Rasulullah"

Solat Tahajud adalah wajib bagi Rasulullah, manakala bagi kita oleh para fuqaha ia dianggap sunah yg bermaksud penghapus dosa. 
Selepas dosa terhapus, semoga Allah menempatkan kita di kedudukan mula (maqaman mahmuda)...
kedudukan mulia itu membawa makna kebangkitan yang terpuji atau tempat yg terpuji, terdapat banyak riwayat yg mengatakan kedudukan istimewa itu adlh syafaat terbesar Rasulullah SAW pd Hari Kiamat. (Al-Syafa'ah Al-'Uzhma)

Fadhilat Solat Tahajud:
1. tercatat sbg org yg baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah Adz-Dzariyat: 15-18)
2. mendpt penyempurnaan di ats kekurangn dlm ibadat wajibnya, hingga dpt menempati darjat yg terpuji (Surah Al-Israk:79)
3. mdpt pujian drpd Allah (surah al-Furqan:63-64)
4. dilihat sbg org yg beriman (surah as-sajadah:16)
5. darjatnya dibezakan dgn org yg malas (surah az-zumar:9)

Sedikit-sbyk yg ana dapat kongsikan..semoga kita dapat mengamalkan amalan JUNJUNGAN BESAR KITA Rasulullah SAW...pesanan utk diri ana dan diri sahabat2 semua

"Wahai org2 yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg kamu tdk kerjakan?. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan" (surah as-saff:3-4)

Insya-Allah, nanti ana akn kongsikan mengenai amalan sunnah harian Rasulullah yg lain..

Solat sunat Tahajud adalah solat sunat yang 'level' paling tinggi di sisi Allah...Subhanallah~!!

Jazakallah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...