Saturday, June 18, 2011

Atas Nama Cinta

Atas Nama Cinta

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya



Best lagu ni...dapatlah memujuk hati ni yg semakin keras..hahaha...
Semoga Allah penuhi hati ini dgn cinta Ilahi, cinta yg halal buat diriku...^^ V
Jangan lupe baca surat cinta Allah pd kt...X3

Saturday, June 11, 2011

tunang....


Assalamualaikum..citer ni rasa-rasanya sume org dh pernah dgr..hmm ak cume post balik kat sini..sbg 1 peringatan bt diriku...kt semua tlh bertunang..bertunang dgn kematian yg hnya menanti masa utk diijabkabulkn....bagaimanakah persediaan kt menghadapi hari tersebut...same2 muhasabah kembali.......
[sejak ak bce cite ni, ak sarungkn juga cincin di jari..1 peringatan trhdp pertunangan ini]
Alkisahnya bermula…. Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu.
Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. ”Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?” Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…” ”Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.” ”Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.” Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. ”Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?” Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Smiley
Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. ”Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.” Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. ”Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!” Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. ”Bila enti menikah?” Aku tiada jawapan khusus. ”Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. ”Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah. ”Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! ” Itu saja pesanku.
Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. ”Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…” Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu… ”Usah berlebihan ya…” Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. ”Insyirah, jom makan!” Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. ”Tafaddal, ana puasa.” Sahabiah juga semakin galak mengusik. ”Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?” ”Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja…………. ……… ….. ………… . ”innalillahi wainna ilaihi rajiun…” ”Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. “ ”Ya Allah, tenangnya… “ ”Moga Allah memberkatinya. …” Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar… Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. ”Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian… ”Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?” Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.” ”Allahuakbar. ..” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. ”Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…” Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’. ”Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.” ”Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. .”Khalilah masih kaku.
Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.”Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.” Smiley

result

assalamualaikum
hmm...pd 6/6/2011 result final sem 2 tahun 2 pun kuar
ape nk ckp ye..mmg drop...
ak x salahkan sape2...sbb ak tau performance ak sem 2 tu mmg kurang sket
plus ngn study last min..study yg nth pape je
pun begitu..alhamdulillah..bersyukur sbb still dpt kekalkn dean list..

hmm ak rase, kalo ak usaha betul2, ak blh dpt pointer yg lbh tinggi..Insya-Allah
rase nk tulis result kat sini..jap, bkn sape2 nk bace kan...hmm bkn nk menunjuk..tp 1 peringatan kpd ak, supaya berusaha lebih gigih lg
UPSR- 5A
PMR- 9A
SPM- 12A 1B
Matrikulasi - 4.00
Sem 1- 3.74
Sem 2 - 3.97
Sem 3 - 3.75
Sem 4 - 3.67

hmm....third year...makin tough...ak kena serius...n jgn tido2 lg time kelas...faito~!!!

first week of June...

assalamualaikum...
walaupun xde org bace pun..so tulis jelah...lalalalala

ok first week of June..ape ak wat..ok..kembalinye ak ke bumi USM kubang kerian yg tercinta ni..cewah...ak mmg syg u ak ni..mcm2 bnda berlaku,..hehe
ok, kembalinye ak untuk mjadi penggerak SKSPM...seminar kecemerlangan spm..hmm 1 prog utk bebudk form5 area klate...hmm ni kali ke-2 ak join SKSPM ni...n slalunye ble join kali ke-2, org tu akn diberi exco yg same...ak plk kene tukar portfolio...dr jd ajk exco penginapan..jd lah ket exco grafik yg mmg zero experience..hoho
actually, ak xnk join dh SKSPM ni...ni based on experience SKSPM yg lps, di mane ak dipaksa rela mjadi fasi..1 bnda yg mmg ak kurang minat..huhuhuhu...so kdg2 rasa stress..tp still rase enjoy ble ade adik group yg still contact...^^
ak kene ganti kwn ak ni jd ket exco..hmm atas dasar shbt, ak terime je la..lgpun dl ak slalu gaduh2 ngn kwn ak ni..slalu gurau2 nk tkr exco ngn dia time ktorg join SKSPM lps...so nah, amik ko! nk sgt jd exco grafik..so jd lah...hehe
hmm pengalamn mjd exco grafik..jd ajk..hmm ak sbnrnye more pd bt video dr designing...photoshop still byk kene blaja...mmg blurr je ak ni..cian kat ank2 buah ak
walau ape2 pun..alhamdulillah....keje exco grafik ni berjalan dgn lancar, plus ngn bantuan dr shbt2 lain...mmg enjoy skspm kali ni..1st sbb x jadi fasi..XD 2nd, sbb dpt bt keje yg kt suke...n keje ngn org2 yg kt selesa bkerja....nxt yer dh x msuk dh...time tu mesti kene sangkut utk Latihan Industri....huhu btw, good luck utk sumer adik2 skspm yg bakal menduduki SPM pada tahun ni..tetapkan matlamat..doa usaha ikhtiar tawakal..ganbatte~!!

backdrop SKSPM 17..^^


next prog: Bottom Billion Mission...Perkampungan Org Asli: Galang & Gertas

Thursday, May 12, 2011

lalalalala~

all time feberet song...hehehe...nak cari versi OP, tp still x jumpe...kalo letak jadi ringtone best ni...=)

MAMESHIBA~~


kawaiii~~!!! ingatkan ape bende la, tp upenye kacang2..^^

di sebalik KUROSORA

di sebalik KUROSORA...ceh cam poyo jer

assalamualaikum..hmm ramai gak org tanya (ramai ke???) ape maksud KUROSORA tu..and nape letak name KUROSORA tu...ok maksud KUROSORA tu, KURO=HITAM SORA=LANGIT so.....
KUROSORA=langit yg hitam...

langit yg hitam...?? ape kene mengena langit yg hitam tu ngn diri aku ni....hmm acually SORA tu aku derived dr name aku Maisarah..sarah tu jadilah SORA yg bunyinya xlah girlish sgt..hehe lgpun maksud dia Langit, cool kan 
ok KURO..nape mesti hitam...first ak ni si bdk hitam..wakakaka..(actually ak ni putih dlu, dek pemanasan global jd la camni..huhu)
nxt, hitam tu feberet colour spnjg zaman, ak suke gak AKA=Red
next point, berkaitan ngn jiwa masa silam...hohoho...yg ni malas nk ngomen pnjg2..just skrg ni dh ade cahaya dh siket..Alhamdulillah...still, efeknye masih ade lah...

emm..kdg2 rasa kelakar gak bile kwn2 panggil kurosora..hehe bkn pe, diorg sebut jd bunyi pelik..xpe2,..tu cara diorg ingat kt kan...^^, actually dl nick name ak KYUU=9...feberet number ak....tp sbb KYUU ni cm susah nk sebut, n ade word yg same yg maksud x baik, so malas nk guna dh..

MAISARAH KUROSORA

let the sky stained by the darkness...
the black abyss...
with pain and sorrow...
worry no more...
beneath the shade...
a moon is there...
giving light to the black sky...
brighter day will come...
the blue sky will arrive............


Wednesday, May 11, 2011

PROJEK CUTI 1: TGK ANIME!!!

assalamualaikum.... 
akhirnye dpt gak balik umah..5 bulan x balik..huarghh~!!! heppy giler....alhamdulillah
okep, rancangan utk cuti ni..hrmm byk gak nk wat tp slalunye kantoi di tgh jalan..first, tgk anime..ni wajib ni..XP... 

Arakawa Under the Bridge 2
anime yg mmg x masuk dek akal logik..hahaha...tp kali ni fokus ngn relationship Rec ngn Nino...bru tgk 3eps..^^ mmg lawak ah...btol ke Nino tu Venusians... just watch k..^__^

    Trinity Blood
ak nk tgk abel jd crusnik je..hahaha..ak suke tgk anime2 yg bloody2 ni..(tp yg real ak x sanggup T^T)..anime ni kuar time ak form5 kat ntv7..tp ak x tgk, pkl 1230 mlm..bdk2 skolah kene tido awal..hehe..ingt lg ak letak poster trinity blood kat ats meja kelas ak, and dak2 classmate ak wat muka (*wth?)..hehe..plus ngn opening Dress dia...mmg best ah..yg x bestnye CD pinjam...T^T

    Ayashi no Ceres 
ye2..cite lamer...^^...ak sgkut tgk cite ni smpi ep2 je kot..susah tgk on9 sbb anime lame2 ni susah nk cari source..hmm ak suke cite cinta yg berkaitan lagenda ni n bishie??? X3..hmm nnti nk cari Fushigi Yugi...^^

    Ao no Exorcist 
anime baru..mmg best giler..suke gile kat pedang rin ngn api biru die...baru ep4...op ngn ed dia pun best..ak suke rin ngn yukio..cume kdg2 yukio nmpk cm berlagak je..huhu...bru lg, so tgk on9 je la ^^

Bleach 
on hiatus...disbbkn Zaty, kwn ak ni, rase nk smbung tgk balik..XD...ak sangkut lps Ichigo vs Ulqiorra..then cm malas..sbb bz..hmm manga dia pun ak cam mls nk follow..huhu...tp Zaty ckp filler dia tgh best..hmm kalo ade time n rajin ak smbung balik ^^

    Wolf's Rain & Witch Hunter Robin 
2 anime ni nk kate bkn taste ak, x lah sgt..but i'll give them a   try..lgpun CD pinjam..alang2 org dh bg pinjam tgk je la..huhu ^^,

    Sket Dance 
anime merepek gak..hehe..so far ok..animation dia blh tahan la...suggested by Zaty too..^^ psl sekumpulan bdk2 skolah yg melakukn ape2 tugas yg diberikn..so far dh tgk 2ep..ongoing anime too

    Baka to test to shoukanjuu
anime ni serius lawak..just sakit mate gak nk tgk..huhu..>___<..huhu..tp ad msg la yg nk disampaikn..bru smpi ep7..ep6 ak skip..hahahaha

    Infinite Stratos 
br tgk 2 ep kot..blh tahan psl mecha gak..hmm..just 1 lg anime yg bt ak sakit mate nk tgk >__<..anime harem, 1 laki ramai pompuan...kalo free2 ak smbung tgk...


kat umah, aku x tgk lagi Darker than Black  ngn D.Gray Man..ade DVD dia tp x dan nak tgk balik...huhu

Wednesday, April 6, 2011

ANIME & ISLAM

ANIME & ISLAM
hehe...cam pelik je tajuk tu?? hahaha..agak lah
just perancangan nk wat review setiap anime yg ak tgk, and kaitkan ngn Islam..

sebenarnya tertarik ngn analogi Naruto untuk USRAH...mmg x terfikir pun...blh bt analogi camtu
(link: http://iluvbadar.blogspot.com/2011/04/usrah-naruto.html )

ermm..rancangnyA nk stat ngn Gundam 00 and Fullmetal Alchemist Brotherhood...mungkin xde la kaitan sgt, tp sedikit sbyk nak melihat perspektif diorg terhdp Islam..especially Gundam 00 (feberet anime tu..X3)..mmg nk review la...tp ape2pun kasi lepas exam dl k...huhu

(Setsuna f. seiei yg nama asalnya ialah Soran Ibrahim)

Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa

Bismiilahirrahmanirrahim

Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa

Ada masa kita akn merasa lemah. Tiada manusia yg kuat setiap masa. Bakkata org, hidup ini ibarat roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah. Ad masa kt kuat, ad masanya kte lemah. Tetapi manusia yg bijak ialah manusia yg apabila berada di bawah,maka dia  akn berusaha utk segera naik ke atas.

Putus asa biasanya akn dtg apabila kt gagal mencapai sesuatu, atau stlh berusaha sekian lama, tetapi masih x mcapai apa yg kt hjatkan. Biasanya, apabila putusasa dtg,kt akn meninggalkn kerja yg kt lakukan,hati kt jd resah dan gundah, hidup x keruan & hati jd lemah. Apabila putus asa dtg,semangat pun hilang.
Kata-kata ulama: “Berputus asa di tgh perjalanan adlh krn kesilapan di titik permulaan”
Kalau berputus asa, lihatlah kembali matlamat kita melaksanakn kerja atau sesuatu perbuatan itu. Matlamat yg jelas akn membina kekuatan dlm diri kita utk menghadang rasa putus asa. Apabila kita melihat kembali matlamat,melihat kembali apa yg hndk dicapai, kenapa kt mulakan perjalanan usaha kt, kta akn mndpt semangat kt kembali dan keluar drpd putus asa.

Berputus asa = menyempitkn rahmat ALLAH. Sesungguhnya, ALLAH tidak pernah memalingkan wajah-Nya drpd kita, dan ALLAH sentiasa meminta kita agr bergantung harap, berdoa dan memohon bantuan-Nya
Allah berfirman yg bermaksud:

“...dan jgnlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah.” (Yusuf:87)

“Sekiranya hamba-Ku bertanya kpdmu (Wahai Muhammad) mengenai Aku, sesungguhnya Aku amat dekat.” (Al-Baqarah:186)

“Berdoalah kepada-Ku, maka Aku akn memperkenankan” (Al-Mukmin:60)

Firman-firman Allah jelas menunjukkan kt x layak berputus asa. Jika kt berputus asa, bermakna kt scr halus tlh memperkecilkan Allah.
Maka, janganlah kt terusik dgn masalah yg melanda. Bukankah Allah berfirman:

“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (al-Insyirah: 5-6)

skhirnya final exam pun tibe...and first time dlm 1 minggu ada 4 paper sekaligus...hoho..giler kentang! tp dptlah balik awal...exam stat 17/4 and last 26/4...and td ada OSPE immunology..wawawa...byk kecuaian yg berlaku...ade hikmahnya..Insya-Allah...Allah nak ak study lek-lok utk final nnti..60%!!!!

so..STUDY la dr skrg (baru je pas main2 ngn Photoshop...lalalalala)

and jangan berputus asa..kerana ALLAH itu sentiasa bersama kita...ganbatte~!!

Matlamat??? Berjaya utk ISLAM..insya-Allah...semoga kita sume memperolehi kejayaan di dunia n akhirat..(hehe ayat skema..^^,)

Sunday, March 27, 2011

warghh~!! nid to activate my right brain!!

assalamualaikum\
lame gle x ngarut sini walaupun xde org nk bace..hehe
nnti sy update..insya-Allah

Friday, February 4, 2011

i wanna be....

BE OPTIMIST,
BE HAPPY,
BE CHEERFUL,
BE CONFIDENT,
BE FRESH,
BE ACTIVE
MUSLIMAH
YOU CAN DO IT!!!


Thursday, February 3, 2011

Me n Braces????

Assalamualaikum wbt

I'm not good in describing myself..sometimes i dun understand understand myself..hahaha...scary la pulak

but the one real thing is that i'm lack of confidence...i'm kinda pesismist toward myself n other ppl....

Saturday, January 22, 2011

Penat2..huhu

Assalamualaikum wbt ..konbanwa~!! ^^
Mood: letih n risau gak
huhu esok CA Epidemiology..subjek yg best, tp cam beselah..subjek puteri beradu...hohohoho
mmg time epi mmg tido..nk dkt2 habis time tu lah sedap
skrg terimalah nasib..byk note yg x paham..huhuhuhu
xpe stuyy pelan2, insya-Allah..try to understand the concept..(thats what my friend would say if i ask them how to study epi..huhuh)

Saturday, January 15, 2011

MENJADI DIRIKU

Assalamualaikum...
malam ke-3 prog tersebut..n kali ni aku makan bersama tetamu jemputan
Ya Allah, mmg kekok sgt..just tgk je akak2 senior yg petah melayan n berbicara ngn ustazah n dr
mmg aku x kenal diorg....n for sure, ustazah n dr x kenal ak...Yelah, masa aku 1st year, ak bukannya sorg yg melibatkn diri dlm bdg2 direct ngn org..lebih prefer keje di blkg tabir.....

Friday, January 14, 2011

Ya ALLAH, mengapa aku??

Assalamualaikum...
post ni xyah org baca lah..huhuhu
ok kat U, sy dilantik jadi timb pengarah utk 1 program yg Islamik
mmg tertekan, kenapa sy yg dipilih padahal ramai lg sahabat2 saya yg jauh lebih hebat
sedangkn sy, blh dikatakn, xde ape2 pengalaman, x petah berbicara, ilmu yg sedikit...kat sekolah xde pun masuk ape2 dlm kepimpinan
mmg x blh nk compare ngn org lain, tapi still perasaan utk compare tu ada...x leh nak hilang

Saturday, January 1, 2011

2011

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat hidup..^__^
hari ni 1 Jan 2011...yep tahun baru Masihi
manakal Tahun Hijrah Islam, bulan pertama Islam, Muharram telah hampir sampai ke penghujungnya...
so cam bese, masuk tahun baru, azam baru..huhu
Azam?? ak ade ke azam?? Kalau ada azam, akn tercapaikah azam aku?
Well, untuk mendptkn sesuatu, kt hndklah melakukan sesuatu..dan utk melakukanlah sesuatu, hndklh kt merancangan sesuatu, dan utk merancang sesuatu, hndklah kt meletakkan sesuatu matlamat..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...